Sudah lama ku memendam rasa padanya, sejak mula dia bekerja pejabat yang sama. Pada mulanya kehadirannya itu tak memberi kesan padaku. Namun begitu sejak sekian lama seolah-olah aku tertarik padanya malah...mungkinkah aku jatuh cinta padanya???
Agak pelik juga bila terfikir kan kenapa aku tak meluahkan perasaan padanya? kenapa aku pilih Nurul? hmmm tak pasti dan keliru sedangkan perasaanku lebih padanya yakni Nadia. Sedangkan aku sebelum aku bersama dengan Nurul perasaan aku terhadap Nadia amat mendalam. Pelik kan dengan keputusan yang aku buat.
Mungkin disebabkan semasa aku berjumpa dengan Nurul itu yang mempengaruhi keputusan ku memilih Nurul dan memberi keyakinan padanya. Namun apa yang berlaku sekarang Nurul seolah olah dingin dengan aku. Aku jadi keliru dengan perasaan ku pada Nadia dan harapan ku terhadap Nurul.
Tapi pelik kan macam mana aku boleh terpikat kat Nadia. Masa kursus PRU-13 P.048 Pulau Tikus, rakan sekerja bertanya sebab apa aku berkenan sangat dengan Nadia, Kak Sue, Sofia dan linda bertanya adakah sebab Muka? Cantik? or body?. Aku pun jawab ringkas je aku katakan yang aku minat dekat Nadia sebab perangainya lain sikit. Mereka kata dia tu garang dan tegas tapi aku kata dia boleh dilembutkan.
Kak Sue kata kalau aku dapat gred 41 barulah Nadia pandang aku. Sebenarnya dah lama aku fikirkannya. Ya, aku akui kami ada jurang perbezaan. Sebab dia pegawai 41 berbanding aku pegawai kontrak yang masih belum dapat 41. Tambahan lagi latar belakangnya dari keluarga yang kaya.
Aku pernah cuba bercakapnya tapi macam tiada respon pun. Kalau dia bercakap pun sebab just untuk bertanya sahaja. Sebab tu aku tak mampu meluahkan perasaan padanya. Sebaliknya aku itu memilih Nurul. Tapi pada ketika ini lain yang berlaku. Aku tak mengerti dalam mencari pasangan dan cinta yang sejati. Sungguh banyak dugaannya dalam percintaannya. Sehingga sekarang perasaan aku masih lebih kepada Nadia berbanding Nurul. Namun hanya perasaan itu ku simpan dalam hati.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan