Halaman

Selasa, 27 Januari 2015

MeReNcAnA kEhIdUpAn KeArAh PeRtUnAnGaN

Merencana kehidupan ke alam perkahwinan, memerlukan perancangan yang lebih teliti dan perlu bersedia.

Aku perlu memikirkan cara untuk memberitahu orang tua ku mengenai niat ku. Akan tetapi aku belum pasti bilakah masa yang sesuai untuk memberitahu mereka.

Apa yang perlu dilakukan ialah berbincangan dengan kekasih macam mana nak buat.  Tapi kan kami pernah dan belum mencapai keputusan yang diinginkan. Hmm i need her idea, tapi dia ni asyik kata terpulang ja, macam tak serius. But tahun ni ada dia tanya tentang tu, tapi berkias la pulak. Takpe, apa-apapun aku harap perbincangkan seterusnya nie menampakan hasil, itupun kalau dia serius.

Bertekul or Bertunang?.. dulu pernah bertanya dengan kekasih samada nak bertekul or bertunang..dia memilih bertekul dahulu katanya dia lebih suka yang ringkas dan menjimatkan tenaga..adeh, kalau berkahwin nanti penat jugak menguruskan majlis. 

Tapi apakah yang dimaksudkan Bertekul?. Kadang-kadang bila dilihat orang post dalam fb bertekul nie macam bertunang jugak ada hantaran jugak. hmmm biar betul ek?. so aku pun try cari dalam blog kot-kot ada jawapannya dan ini yang aku dapat.

Tekul dalam istilah lain bermaksud tindih atau meletakkan sesuatu di atasnya. Adat bertekul merupakan salah satu adat yang mana merupakan cara kedua untuk mengikat ikatan hubungan sama seperti adat bertunang. Adat ini dalam kata lain memberi tanda yang mana gadis tersebut sudah disunting dan dimiliki. Bezanya bertunang adalah hantarannya. Tapi kan ada jugak berpendapat bertekul nie bertunang jugak yang mana adanya hantaran dan cincin. Cuma bertekul nie lebih ringkas dan menjadi pilhan kerana mudah dan menjimatkan kos.

Kena tanya orang tua dulu jawabnya. Sebelum mengusulnya baik ku berdoa and solat sunat hajat tuk mendapat petunjukNYA. Ya ALLAH moga-moga niat baik ku dipermudahkan. AMIN.