Memang terdetik untuk menjawab persoalannya namun terfikir akan takutnya tersilap jawab sampai melukakan hatinya. Akan tetapi beberapa hari yang lepas Nurul sms padaku menyatakan aku still diam. Pada mula aku agak takut untuk membalas sms kerana taku tersilap kata.
Akhirnya aku cuba beranikan diri untuk membalasnya. Namun begitu apa yang ku jelaskan padanya dia tersalah tafsir. Aku berasa sedikit kesal yang mana dia telah mengakui bahawa dia tak mencintai aku hanya mempunyai perasaan sayang sahaja terhadap ku. Malah dia berkata perasaan cinta itu boleh dipupuk.
Tetapi aku tidak boleh menerimanya sehinggakan aku menyatakan dia berpura-pura dalam hubungan ini. Bila difikirkan balik aku terlalu terikutkan emosi dan rasa bersalah padanya. Dan tergerak hatiku untuk meminta maaf. Serta merta dia membalas dan menyatakan dia sudah lama memaafkannya. Aku berasa tak faham namun aku menghargainya.
Pada selepas itu aku terus mendiamkan diri tanpa bertanya mengenai status hubungan. Saat itu hati ku tergerak untuk mengetahuinya tanpa bertanya padanya. Ya melalui FB sebab dia ada letak status itu. Apabila ku melihat status inrelationship tu sudah tiada dan aku beranggapan dia memang tidak mahu teruskan hubungan ini. Malah menguatkannya pada ketika akhir sms dulu dia pernah kata carilah perempuan yang boleh bahagiakan aku. Aku bertekad tidak ambil peduli kerana aku yakin dia sudah tidak ambil serius pun dalam hubungan ini.
Akan tetapi sewaktu aku sedar dari tidur, rupanya dia telah sms padaku pada pukul 2 pagi menanyakan apakah status hubungan kami. Aku terdiam dan benar-benar keliru.......
Akhirnya aku terdiam.....



Tiada ulasan:
Catat Ulasan