Halaman

Rabu, 7 Mac 2012

Antara Mereka ???

Wafa gadis yang penuh misteri..nak kata aku terpikat bohongla kata tak terpikat..kalau melihat gambarnya boleh digambarkan dia seorang gadis yang baik..dari segi bahasanya yang menyenangkan aku berhubung dengannya..berdasarkan apa yang diceritanya yang dia hanya keluar pun bersama keluarga sahaja...yang jelas menyebabkan aku mula meminatinya...cuma dia dianggap sebagai misteri kerana aku masih tidak tahu nama sebenarnya...dan latar belakangnya..

             Apa-apa pun dia telah menarik minatku untuk mengetahui dirinya dengan terperinci akan tetapi hajatku masih belum tercapai kerana kami berhubung sekurang-kurangnya sekali seminggu...itupun secara kebetulan dia online kalau tak cuma dapat membalas mesejnya sahaja...mungkin dia penat kot selepas balik praktikal....so saya perlu positif dan kena bersabar...

           Agak-agaknya apa sebenarnya yang perasaan ku terhadapnya cinta?minat?suka?....hmmm susah tuk ditafsirkan....contohnya secara kebetulan aku melihat satu profile yang hampir sama dengannya...pada mulanya aku berasa terkejut...dan disaat itu aku tertanya-tanya adakah dia?...mustahil dia, sebab dia free hair....ya mungkin rupanya sama...cermin matanya pun sama...tapi bentuk muka berbeza...dari segi watak pun berbeza...penggunaan bahasa pun berbeza...dan perasaan ku kuat menyatakan mustahil dia...tetapi hati kecil turut rasa bimbang kalau benar-benar dia bagaimana?...sebab aku pernah menghantar mesej pada orang yang hampir sama dengan dia tapi tak dibalas...pada mulanya dia membalas...

      Be positive and be patient dalam segala tindakan...so aku perlu  selidik perangai sebenarnya...apa-apa pun aku rasakan aku mula tercari-cari dia...hai rindu ke?...sampai aku dah terluah perasaan padanya...agak-agaknya apa reaksi dia ek... 

       Actually namanya mula tersemat di hati..dah tersenarai kot jadi calon isteri...hehehe...tapi siapa yang tahu...andainya jodoh tak ke mana jua...

Seorang lagi yang menambat hatiku ialah Nadia...tapi perasaan tu semakin berkurangan...entah kenapa ek?.mmm mungkin disebabkan perangai dia yang dingin...tak friendly...dan mungkin antara kami ada gap..bila difikirkan balik aku terasa kerdil bila berhadapan dengan nya...biarlah masa yang menentukannya..mungkin akan pudar perasaan ku terhadapnya mungkin tak...dan pilihan pun dah bertambah...mungkin ditakdirkan jatuhnya hati ini kepada salah seorang..ataupun orang yang bukan kalangan mereka... ^_^

Mimpi Kedua......Adakah Ianya Petanda???

Bulan yang lepas aku bermimpi aneh..seorang gadis yang mengakui dia juniorku pada suatu majlis yang ku rasakan di sekolah..Kali ini mimpi ku jelas nampak muka dan pakaiannya...its look familiar je mukanya...tapi siapa ek??..

            Agak-agaknya siapakah gadis itu?..sampai sekarang aku masih tercari-cari gadis itu melalui fb...ku tanya pada junior ku yang lain...tapi sia-sia sahaja..masih tidak menjumpainya atau sebarang petanda....

        Sebenarnya apa mesej yang disampaikan dalam mimpi tu? adakahnya ianya mainan tidur?...tapi mimpi tu hadir hampir waktu subuh...

Mimpi tu mengambarkan dia berjumpa aku...mungkin di sekolah agaknya...kami kelihatan mesra dan rancak berbual...pada saat ketika itu, kami duduk dan secara tiba-tiba pegang tanganku dan terus meletakkannya di dadanya...dalam mimpi itu aku terkejut dan malu kerana pada ketika itu ramai orang (pelajar kot) yang tiba-tiba memenuhi kawasan tersebut seolah-olah macam ada perhimpunan ataupun satu perjumpaan...in the end mimpi tu aku terbangun...so TAMAT la wayang mimpi tu...disebabkan terkejut kot membuatkan aku terbangun...

Em mesejnya aku masih tidak mengerti adakah ianya benar-benar wujud gadis itu...tapi wajahnya seolah-olah aku kenal gadis tu...jodoh aku ke?....hmmm hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya....
Wahai jodohku bilakah kita akan bersatu...agagaga ^_^