Kat sini lain pulak jadinya kesian staff bawahnya pulun buat kerja sampai balik lewat ish..ish..ish. Nak kena tegur dia ni ek. Aku pun bergurau kat staff tu nanti dia kahwin dia berubah le perangai tu hehehe.. ^_^
Jumaat, 30 Disember 2011
Benarkah Si Dia Begitu ???
Adakah Ianya Dah Berakhir....
Memang terdetik untuk menjawab persoalannya namun terfikir akan takutnya tersilap jawab sampai melukakan hatinya. Akan tetapi beberapa hari yang lepas Nurul sms padaku menyatakan aku still diam. Pada mula aku agak takut untuk membalas sms kerana taku tersilap kata.
Akhirnya aku cuba beranikan diri untuk membalasnya. Namun begitu apa yang ku jelaskan padanya dia tersalah tafsir. Aku berasa sedikit kesal yang mana dia telah mengakui bahawa dia tak mencintai aku hanya mempunyai perasaan sayang sahaja terhadap ku. Malah dia berkata perasaan cinta itu boleh dipupuk.
Tetapi aku tidak boleh menerimanya sehinggakan aku menyatakan dia berpura-pura dalam hubungan ini. Bila difikirkan balik aku terlalu terikutkan emosi dan rasa bersalah padanya. Dan tergerak hatiku untuk meminta maaf. Serta merta dia membalas dan menyatakan dia sudah lama memaafkannya. Aku berasa tak faham namun aku menghargainya.
Pada selepas itu aku terus mendiamkan diri tanpa bertanya mengenai status hubungan. Saat itu hati ku tergerak untuk mengetahuinya tanpa bertanya padanya. Ya melalui FB sebab dia ada letak status itu. Apabila ku melihat status inrelationship tu sudah tiada dan aku beranggapan dia memang tidak mahu teruskan hubungan ini. Malah menguatkannya pada ketika akhir sms dulu dia pernah kata carilah perempuan yang boleh bahagiakan aku. Aku bertekad tidak ambil peduli kerana aku yakin dia sudah tidak ambil serius pun dalam hubungan ini.
Akan tetapi sewaktu aku sedar dari tidur, rupanya dia telah sms padaku pada pukul 2 pagi menanyakan apakah status hubungan kami. Aku terdiam dan benar-benar keliru.......
Akhirnya aku terdiam.....
Selasa, 20 Disember 2011
Perasaanku Terhadapnya
Sudah lama ku memendam rasa padanya, sejak mula dia bekerja pejabat yang sama. Pada mulanya kehadirannya itu tak memberi kesan padaku. Namun begitu sejak sekian lama seolah-olah aku tertarik padanya malah...mungkinkah aku jatuh cinta padanya???
Agak pelik juga bila terfikir kan kenapa aku tak meluahkan perasaan padanya? kenapa aku pilih Nurul? hmmm tak pasti dan keliru sedangkan perasaanku lebih padanya yakni Nadia. Sedangkan aku sebelum aku bersama dengan Nurul perasaan aku terhadap Nadia amat mendalam. Pelik kan dengan keputusan yang aku buat.
Mungkin disebabkan semasa aku berjumpa dengan Nurul itu yang mempengaruhi keputusan ku memilih Nurul dan memberi keyakinan padanya. Namun apa yang berlaku sekarang Nurul seolah olah dingin dengan aku. Aku jadi keliru dengan perasaan ku pada Nadia dan harapan ku terhadap Nurul.
Tapi pelik kan macam mana aku boleh terpikat kat Nadia. Masa kursus PRU-13 P.048 Pulau Tikus, rakan sekerja bertanya sebab apa aku berkenan sangat dengan Nadia, Kak Sue, Sofia dan linda bertanya adakah sebab Muka? Cantik? or body?. Aku pun jawab ringkas je aku katakan yang aku minat dekat Nadia sebab perangainya lain sikit. Mereka kata dia tu garang dan tegas tapi aku kata dia boleh dilembutkan.
Kak Sue kata kalau aku dapat gred 41 barulah Nadia pandang aku. Sebenarnya dah lama aku fikirkannya. Ya, aku akui kami ada jurang perbezaan. Sebab dia pegawai 41 berbanding aku pegawai kontrak yang masih belum dapat 41. Tambahan lagi latar belakangnya dari keluarga yang kaya.
Aku pernah cuba bercakapnya tapi macam tiada respon pun. Kalau dia bercakap pun sebab just untuk bertanya sahaja. Sebab tu aku tak mampu meluahkan perasaan padanya. Sebaliknya aku itu memilih Nurul. Tapi pada ketika ini lain yang berlaku. Aku tak mengerti dalam mencari pasangan dan cinta yang sejati. Sungguh banyak dugaannya dalam percintaannya. Sehingga sekarang perasaan aku masih lebih kepada Nadia berbanding Nurul. Namun hanya perasaan itu ku simpan dalam hati.
Ahad, 18 Disember 2011
Masih Adakah Cinta Ku Untuk Nya
Pada tanggal 27 Ogos 2011 bermula cintaku berputik dengan seorang gadis pilihan mak aku sewaktu di USM. Nurul Fatihah adalah segalanya bagi diriku, ku serahkan kepercayaan dan cintaku padanya. Pada mulanya hubungan ini berjalan dengan lancar malah ikatan kami amat mesra.
Namun begitu selepas 1 bulan berlalu aku dapat rasakan hubungan kami seolah-olah menjadi renggang. Namun begitu aku tak memperdulikannya, kerana setiap hubungan itu pasti ada masa pasang dan surutnya. Akan tetapi aku tidak mengerti sudah 3 bulan berlalu masih keadaan yang sama berulang.
Adakah silap daripada aku? aku kah puncanya?. Seringkali aku bertanya apakah puncanya pasti jawapannya berkaitan dengan mesej ku yang begitu ringkas. Ya aku akui itu kelemahanku dan aku cuba membaikinya. Tapi tak kan itu yang menjadi ianya satu masalah yang besar sehingga berdiam diri. Pada mulanya 1 minggu sekarang mula kembali sudah 3 hari mendiamkan diri.
Siap menyatakan jangan bising. Seolah aku ini menganggu ketenanganmu. Aku cuba jadi romantik tapi kamu kata tak perlu dan tak romantik pun. Aku tak nampak keseriusan dirimu dalam hubungan ini kadangkala bila aku mendiamkan diri tak pernah dicari pun. Kadang-kang hadir ku tidak diendah. Ku hadiahkan semasa hari jadimu biarpun ianya mungkin tak bernilai langsung dirimu tak menghargainya dan sebaliknya kamu lebih suka merunggut. Aku benar-benar kecewa tapi aku tak luahkan mahupun marah sebaliknya aku bersabar.
Mungkin ini silap diriku yang terburu-buru menerimamu. Mungkin aku tak layak untuk dirimu sebab aku tak pernah rasakan yang kamu mencintai diriku. Malah kesannya perasaan ku padamu makin berkurang dan timbul 1 persoalan dari benak fikiranku.
Adakah dirimu benar-benar mencintaiku atau ianya hanya lakonan? adakah cinta ini berakhir sekali lagi....
Hala Tuju Cintaku
Sudah lama mengenal erti maknanya cinta, pelbagai cara untuk mengenali maknanya cinta, namun masih tidak mampu mencari cinta yang sejati daripada kaum hawa. Pelbagai lapisan atau jenis sudah cuba untuk mencari cinta sejati dari baik, kurang baik, sederhana, mahupun yang solehah namun ianya belum menjanjikan cinta yang sejati yang berakhir dengan perkahwinan.
Mencari cinta sejati daripada kaum hawa perlu ada kesabaran dan perhatian. Tapi sampai bilakah ianya mampu bertahan. Ku cuba untuk bertahan tapi seolah-olah aku cuma bertepuk sebelah tangan sahaja. Malah dia
menganggap aku ini bukan siapa-siapa padanya melalui tindakannya.
Betulkah pilihan ku? ataupun jodohku sebenarnya orang lain........persoalan ini memeningkan kepalaku !!
Langgan:
Catatan (Atom)






