Halaman

Ahad, 18 November 2012

MESEJ KETIGA TUK NADIA

Masa nak hantar tu..niatnya just nak share ja kat dia...itu pun kalau dia bacakan..awak, saya betul-betul nak tahu apa reaksi awak sebenarnya...tp kan ianya akan ada kalau awak baca mesej yang saya hantar...saya tau saya ni mungkin tak layak...tapi saya cuba nak bagitau kat awak yang saya benar-benar cintakan awak.. 

Lepas balik dari ofis kan kebetulan sofia da berbicara something dengan ina...masa tu kebetulan pc ina dok mainkan lagu kahwin...terus ina kata lagu ni ditujukan pada aku... (-_-)?? dia tau ka? da baca mesej aku hantarkan kat nadia ka?...kebetulan mesej ni da kaitan bab nikah (-_-)''...





Assalamualaikum ^_^ .... Annyong hasimnika?

L : Awak-awak tumpang Tanya ?...Awak-awak..maaf tumpang
     tanya? Lorong CINTA,jalan SAYANG, Kampung RINDU,daerah
     KASIH SAYANG, poskod 1.4.3 pekan HATI, bandar I MISS YOU.

dekat mana ya?

P : Awak jalan terus ikut jalan ILAHI, nampak simpang 3 masuk belah
     kanan , ikut jalan NIKAH , sepanjang jalan tu awak akan nampak
     belah kanan, kedai BATAS BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri
     pasar sibuk sikit , iaitu pasar PERSIAPKAN diri.. haa tu tandanya
     awak berada di jalan yang betul , semoga sampai. Cinta ALLAH
     cinta abadi....

Khamis, 15 November 2012

KeRiNdUaN & HaRaPan...

Tahun ni tak putus-putus khabar mengenai perkahwinan rakan-rakan ku malah ex gf pun ada yang kahwin. Ada di antaranya dah mempunyai anak.. mungkin ada yang kahwin kot hujung tahun :P...apa-apa pun ku ucapkan taniah pada korang dan mendoakan agar korang dimurahkan rezeki, dikurniakan cahaya mata dan bahagia dengan keluarga masing-masing ^_^... Bila berjumpa atau menerima panggilan kenalan lama ada yang tanya bila nak kahwin?...selamba je aku jawab 2 tahun akan datang, InsyaALLAH (^_^)"/ ..

Memang terdetik nak kahwin tapi belum masanya...tunggulah aku dapat pekerjaan tetap...harap-harap result hujung tahun ni membawa sinar harapan yang gilang gemilang...cewah...tapi dengan siapa?....terkedu kejap..mmmm nak jawab entah tak boleh juga...sebab hati ni dah dimiliki orang...tapi orangnya mungkin tak tahu dan langsung tak de hubungan apa apa pun dengan dia...siapa?...tanyalah hati ni?... Nadia Zulkefli jawabnya....tanya fikiran lak...Nadia Zulkefli je dia dok fikir...firdaus-firdaus apa la nak jadi ek...nak kata obses tak jugak sebab tu berhati-hati nak buat sesuatu...sesuatu tu hantar mesejla atau tindakan yang orang kata tak obses la..jangan pulak kata stalker lak...kesian aku tau...kalau angau tu adala ~ `0`~ ..

awak...awak tau tak saya rindu dekat awak...kalau lah tu aku boleh luahkan pada nadia...apala reaksinya...tapikan tak luahpun padanya...simpan dalam hati yang penuh kerinduan...dengar suaranya...mimik mukanya...hmmm hati ni selalu tanya bila lah dia ada kat ofis ni...rindu sesangat, jenguk sekejap pun jadilah..owh ya semenjak dua menjak tiga menjak dia selalu busy...ada urusan mahkamah agaknya...dengar lak khabar kata dia nak pergi jepun lak tu...adeh /(-_-)\...tapi kan semalam ada pulak dia...lepas aku balik dari seberang time tengahari tu (^_^)...apa lagi tengokla dia...

Macam tu lah kisahnya...tapi kan wak...tiap-tiap hari saya sentiasa doakan awak agar awak berada di landasan yang benar...tak lupa minta awak jadi pasangan saya hihihi :p...takdelah cuma berserah pada ALLAH..awak orang pertama yang saya care sangat-sangat...mungkin awak tak tahu...tapi biarlah ALLAH tahu yang saya cintakan awak...mungkin apa yang saya buat ini tak seberapa...tapi saya percaya ianya akan membantu perjalanan awak di dunia dan akhirat ^_^...

MESEJ KEDUA TUK NADIA

Hmm tak tahulah macam mana nak bagitahu dekat dia..mungkin dia tak baca kot pantun yang panjang tu :P...aku ni pun satu napelah hantar pantun kat dia.. (-_-)"/ .... ada yang mencadangkan aku berterus terang je...tapi aku seganla, nak kata i love you je kat dia?...bagiku terlalu mudah sangat-sangat..seolah-olah ianya terlalu gelojoh..iya memang boleh tapi bukan diluahkan depannya...sebab aku malu...karang tak keluar pula perkataan disebut...terkelu lidahnya... Finally aku cuba guna mesej fb lagi tuk tarik perhatiannya (kalau dia baca mesejku)...

Pernahkah kita melihat bunga ?

Saya paling suka dengan mawar merah.
Seribu rahsia seribu cerita tafsirannya.
Mungkin kita hanya mendambakan cantiknya, mekarnya, baunya dan namanya. Mereka berkata itu lambang cinta dan kasih sayang. Tapi apa buktinya ?

Sedang mawar tak pernah berbicara.
Tak pernah menari, apalagi bercinta. Bagaimana ia menghiburkan sang pencinta ?

Betapa besarnya kuasa Allah.
Kita melahirkan cinta dari ciptaan Allah yang tak berbicara.
Mungkin itulah pengertiannya, walau mata tak bisa melihat tapi hati boleh merasa.
Walau telinga tak bisa mendengar tapi ada nyanyian di dalam jiwa.
Walau bibir tak bisa berbicara tapi nurani dapat menyatakannya.

Dengan syahadah kita beriman walau tak pernah nampak syurga neraka tetapi kita tahu kehadirannya.
Walau cinta tak pernah dilihat tetapi kita dapat rasakannya.

Begitulah mawar pada saya,
Wajahnya cantik, baunya harum, persisnya indah namun tak mahu ku petik ketika ia mekar ditangkainya. Tak sampai hati melihat kematiannya digenggamanku. Lagi pula, tak tahan jejari dilukai oleh dedurinya.

Kerana itulah saya berdoa dari sini agar awak dalam perlindungan, rahmat dan maghfirrah Allah selamanya.
Saya melihat dari jauh, dalam cinta yang penuh rahsia (^_^)

MESEJ PERTAMA TUK NADIA

Mesej ini kali pertama ku hantar padanya. Sebenarnya aku memang tak pandai untuk luahkan kepadanya. Mungkin cara ini sahaja yang aku mampu buat. (berani betul aku ni :p)

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Berlari-lari ke dalam kebun
Dalam kebun adalah parak
Bernyanyi serupa pantun
Dalam pantun ada kehendak

Kayu manis di kedai rempah
Dibeli untuk bumbu masakan
Cik manis tidakkah marah
Kalau saya mahu berkenalan?

Tanam padi di hujung tanjung
Pasang pukat tangkap haruan
Salah kah pipi hidung tak mancung
Hati berhajat hendak berkawan....

CiNtA

Teringat daku akan kata-kata ini.....

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam, Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhasan......



Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH....

Aku tertarik dengan pandangan mereka yang berkata begini;

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan...

Malah pandangan ini menarik untuk ku berfikir sejenak;

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.....

Rabu, 14 November 2012

WARKAH TUK PASANGANKU

Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..

Aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan engkau dari tulang rusukku..Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah lelaki yang sehebat Saidina Umar, bukan sekacak Nabi Yusuf, bukan seteguh cinta kasih Adam untuk Hawa..

Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, sayap kiri kepadaku,..Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..

Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup pintu aib dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang lelaki yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana wanita, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana wanita walaupun hujung jari..

Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..

Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..

Sayangku...


Kasihku.....


Cintaku.....


Hatiku......


Rinduku....

Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal isteriku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.

Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus wanita yang mengaburi mataku. Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ? Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal isteriku…

Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat Aisyah dan seteguh Zulaikha. Aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membantuku, anak-anakku menuju ke Jannah. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.

Indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..

Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..

Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..

Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..