Krisis..krisis..krisis.. bagaimana hendak untuk menyelesaikan sekiranya hati menjadi sekeras batu malah ia mampu mengugat kepercayaan. Apa jua penjelasan yang diberi tidak diterima dek akal. Walhal ianya adalah benar. Andai aku bukannya setia tidak aku perlu mengasihinya, mengingatinya, dan mencintainya. Biarpun aku dikelilingi pelbagai pilihan. Tapi tidak terdetik dalam sudut hatiku untuk curang.
Segala perbuatan dan percakapan kadang-kala mengugat kesabaran ku. Adakala aku mempertahankan diri. Tapi apa yang aku dapat?.. hanya keburukan sahaja ku perolehi dan bukan kesedaran daripada nya. Cukup berat untuk mempertahankan cinta. Namun beratnya ku pikul aku cuba..aku cuba mengikut rentaknya. Adakah dia tidak nampak?.
Kecewa? mungkin ianya lahir dalam sudut hatiku namun ku gagahi jua bukan atas keterpaksaan sebaliknya aku masih mencintainya. Ya ALLAH bukakan hatinya lapangkan fikirannya berikanlahnya kesedaran agar dia faham apa yang aku alami...

