Putusnya hubungan tanpa konflik adalah sesuatu baru diriku. Akan tetapi aku tak mampu bersamanya, Ya aku akui aku tak yakin dapat membahagiakan dirinya dengan apa yang berlaku terhadapnya. Lalu ku membuat keputusan untuk tidak meneruskan perhubungan supaya tidak melukai hatinya. Maafkan aku, aku tak mampu, aku cuma mampu jadi sahabat padamu. Moga-moga kamu berjumpa lelaki yang layak untuk dirimu, sentiasa melindungi dan mampu membahagiankanmu..
Selepas kejadian itu ku patah semangat dan melangkah longlai. Ya memang berat ku membuat keputusan sebegitu tapi aku melihat dirinya bahagia. Biarpun jauh dan tak pernah berjumpa aku masih teringat dirimu dan mendoakan keselamatan dan kebahagian dirimu.
2 bulan berlalu, aku diuji dengan perangai wanita dan hampir-hampir aku jatuh cinta. Akan tetapi aku dapat sedar bahawa aku perlu berhati-hati supaya tidak dilukai. Wanita yang benar-benar suka dia akan menerima dengan baik. Ya itu adalah kepastian. Tapi bukan mudah untuk mencari sebegitu rupa kan?. mungkin jodoh ku belum sampai..
Satu perkara membuat hatiku tak keruan bila melihat seorang gadis semasa di kenduri kahwin kawanku kelmarin. Siapakah dia?.. dia menjadi pengapit semasa kenduri tu.. yang menghairan aku jadi tak menentu..hatiku berdebar-debar pabila mendekatinya..ingin ku mengenalinya tapi tak luah kata-kata..hatta aku menulis di skrin note3 tu diberikan kepadanya tapi aku malu...akan tetapi adakah dia melihatnya??..memang tak beri kepadanya..pasti dia terlihat tulisan tu sebab aku duduk sebelahnya..hmm??..
Kawanku menyampaikan nya aku memberi salam kepadanya..tapi hanya senyuman sahaja dilihat tanpa berkata apa apa..siapakah gadis ini??..aku benar-benar malu kepadanya..tetapi telah menyentuh hatiku..dalam usaha mengenali semasa sesi bergambar pengantin..akan tetapi tak berjaya sebab bateri kamera pulak habis!! (=_=)''..Cuma semasa balik hanya ku dapat namanya dan rumahnya..nama nya Siti...wahai cik siti siaplah dirimu ya?..
Bila melihat gambar ni cam sama je muka..adeh asyik teringat je kat dia semenjak dua menjak ni...cuma 2 perkara ja aku terfikir, mengharap dan doakan.. Pertama doakan keselamatannya supaya dia dilindungi daripada anasir-anasir jahat. Kedua doakan andai dia jodohku satukanlah kami dalam pertemuan dan perkahwinan..dia boleh membuatku berubah !!..Tipu kalau tak kata di sudut hati ni asyik meminta agar dia adalah jodohku..sungguh..Moga-moga kami dipertemukan nanti..Amin..