Pada tanggal 27 Ogos 2011 bermula cintaku berputik dengan seorang gadis pilihan mak aku sewaktu di USM. Nurul Fatihah adalah segalanya bagi diriku, ku serahkan kepercayaan dan cintaku padanya. Pada mulanya hubungan ini berjalan dengan lancar malah ikatan kami amat mesra.
Namun begitu selepas 1 bulan berlalu aku dapat rasakan hubungan kami seolah-olah menjadi renggang. Namun begitu aku tak memperdulikannya, kerana setiap hubungan itu pasti ada masa pasang dan surutnya. Akan tetapi aku tidak mengerti sudah 3 bulan berlalu masih keadaan yang sama berulang.
Adakah silap daripada aku? aku kah puncanya?. Seringkali aku bertanya apakah puncanya pasti jawapannya berkaitan dengan mesej ku yang begitu ringkas. Ya aku akui itu kelemahanku dan aku cuba membaikinya. Tapi tak kan itu yang menjadi ianya satu masalah yang besar sehingga berdiam diri. Pada mulanya 1 minggu sekarang mula kembali sudah 3 hari mendiamkan diri.
Siap menyatakan jangan bising. Seolah aku ini menganggu ketenanganmu. Aku cuba jadi romantik tapi kamu kata tak perlu dan tak romantik pun. Aku tak nampak keseriusan dirimu dalam hubungan ini kadangkala bila aku mendiamkan diri tak pernah dicari pun. Kadang-kang hadir ku tidak diendah. Ku hadiahkan semasa hari jadimu biarpun ianya mungkin tak bernilai langsung dirimu tak menghargainya dan sebaliknya kamu lebih suka merunggut. Aku benar-benar kecewa tapi aku tak luahkan mahupun marah sebaliknya aku bersabar.
Mungkin ini silap diriku yang terburu-buru menerimamu. Mungkin aku tak layak untuk dirimu sebab aku tak pernah rasakan yang kamu mencintai diriku. Malah kesannya perasaan ku padamu makin berkurang dan timbul 1 persoalan dari benak fikiranku.
Adakah dirimu benar-benar mencintaiku atau ianya hanya lakonan? adakah cinta ini berakhir sekali lagi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan