Sememangnya sudah lamaku merancang tuk bagi wish dan hadiah kepada nadia..tp kali ini penuh bermakna dalam sejarah hidupku...sebab ini sahaja cara untuk mendapat tahu reaksinya terhadapku..setelah aku berterus terang dengannya...walaupun bukan secara berhadapan dengannya...tapi sayangnya rancangan yang aku buat cukup cantik...tapi perjalanannya cukup memberi dugaanku..pertama kad yang aku design tak cerah berbanding yang ditunjukkan pada skrin netbookku...lepastu hadiah bear pulak tak sampai pada waktunya dijangka sampai hari sabtu..hurmmm xpelah nak buat macam manakan..alhamdulillah semusrakan bagi kerjasama kat aku...mmmm agak-agak mcm mana reaksinya..serak sejuk semenjak dua menjak ni memikirnya...risau pun ada gak...ternyata aku amat mencintai insan bernama nadia zulkefli...mengelamun pun asyik terbayang dia je...I LOVE YOU NADIA ZULKEFLI
Khamis, 27 Disember 2012
Ahad, 18 November 2012
MESEJ KETIGA TUK NADIA
Masa nak hantar tu..niatnya just nak share ja kat dia...itu pun kalau dia bacakan..awak, saya betul-betul nak tahu apa reaksi awak sebenarnya...tp kan ianya akan ada kalau awak baca mesej yang saya hantar...saya tau saya ni mungkin tak layak...tapi saya cuba nak bagitau kat awak yang saya benar-benar cintakan awak..
Lepas balik dari ofis kan kebetulan sofia da berbicara something dengan ina...masa tu kebetulan pc ina dok mainkan lagu kahwin...terus ina kata lagu ni ditujukan pada aku... (-_-)?? dia tau ka? da baca mesej aku hantarkan kat nadia ka?...kebetulan mesej ni da kaitan bab nikah (-_-)''...
L : Awak-awak tumpang Tanya ?...Awak-awak..maaf tumpang
tanya? Lorong CINTA,jalan SAYANG, Kampung RINDU,daerah
KASIH SAYANG, poskod 1.4.3 pekan HATI, bandar I MISS YOU.
dekat mana ya?
P : Awak jalan terus ikut jalan ILAHI, nampak simpang 3 masuk belah
kanan , ikut jalan NIKAH , sepanjang jalan tu awak akan nampak
belah kanan, kedai BATAS BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri
pasar sibuk sikit , iaitu pasar PERSIAPKAN diri.. haa tu tandanya
awak berada di jalan yang betul , semoga sampai. Cinta ALLAH
cinta abadi....
Khamis, 15 November 2012
KeRiNdUaN & HaRaPan...
Tahun ni tak putus-putus khabar mengenai perkahwinan rakan-rakan ku malah ex gf pun ada yang kahwin. Ada di antaranya dah mempunyai anak.. mungkin ada yang kahwin kot hujung tahun :P...apa-apa pun ku ucapkan taniah pada korang dan mendoakan agar korang dimurahkan rezeki, dikurniakan cahaya mata dan bahagia dengan keluarga masing-masing ^_^... Bila berjumpa atau menerima panggilan kenalan lama ada yang tanya bila nak kahwin?...selamba je aku jawab 2 tahun akan datang, InsyaALLAH (^_^)"/ ..
Memang terdetik nak kahwin tapi belum masanya...tunggulah aku dapat pekerjaan tetap...harap-harap result hujung tahun ni membawa sinar harapan yang gilang gemilang...cewah...tapi dengan siapa?....terkedu kejap..mmmm nak jawab entah tak boleh juga...sebab hati ni dah dimiliki orang...tapi orangnya mungkin tak tahu dan langsung tak de hubungan apa apa pun dengan dia...siapa?...tanyalah hati ni?... Nadia Zulkefli jawabnya....tanya fikiran lak...Nadia Zulkefli je dia dok fikir...firdaus-firdaus apa la nak jadi ek...nak kata obses tak jugak sebab tu berhati-hati nak buat sesuatu...sesuatu tu hantar mesejla atau tindakan yang orang kata tak obses la..jangan pulak kata stalker lak...kesian aku tau...kalau angau tu adala ~ `0`~ ..
awak...awak tau tak saya rindu dekat awak...kalau lah tu aku boleh luahkan pada nadia...apala reaksinya...tapikan tak luahpun padanya...simpan dalam hati yang penuh kerinduan...dengar suaranya...mimik mukanya...hmmm hati ni selalu tanya bila lah dia ada kat ofis ni...rindu sesangat, jenguk sekejap pun jadilah..owh ya semenjak dua menjak tiga menjak dia selalu busy...ada urusan mahkamah agaknya...dengar lak khabar kata dia nak pergi jepun lak tu...adeh /(-_-)\...tapi kan semalam ada pulak dia...lepas aku balik dari seberang time tengahari tu (^_^)...apa lagi tengokla dia...
Macam tu lah kisahnya...tapi kan wak...tiap-tiap hari saya sentiasa doakan awak agar awak berada di landasan yang benar...tak lupa minta awak jadi pasangan saya hihihi :p...takdelah cuma berserah pada ALLAH..awak orang pertama yang saya care sangat-sangat...mungkin awak tak tahu...tapi biarlah ALLAH tahu yang saya cintakan awak...mungkin apa yang saya buat ini tak seberapa...tapi saya percaya ianya akan membantu perjalanan awak di dunia dan akhirat ^_^...
MESEJ KEDUA TUK NADIA
Hmm tak tahulah macam mana nak bagitahu dekat dia..mungkin dia tak baca kot pantun yang panjang tu :P...aku ni pun satu napelah hantar pantun kat dia.. (-_-)"/ .... ada yang mencadangkan aku berterus terang je...tapi aku seganla, nak kata i love you je kat dia?...bagiku terlalu mudah sangat-sangat..seolah-olah ianya terlalu gelojoh..iya memang boleh tapi bukan diluahkan depannya...sebab aku malu...karang tak keluar pula perkataan disebut...terkelu lidahnya... Finally aku cuba guna mesej fb lagi tuk tarik perhatiannya (kalau dia baca mesejku)...
Pernahkah kita melihat bunga ?
Saya paling suka dengan mawar merah.
Seribu rahsia seribu cerita tafsirannya.
Mungkin kita hanya mendambakan cantiknya, mekarnya, baunya dan namanya. Mereka berkata itu lambang cinta dan kasih sayang. Tapi apa buktinya ?
Sedang mawar tak pernah berbicara.
Tak pernah menari, apalagi bercinta. Bagaimana ia menghiburkan sang pencinta ?
Betapa besarnya kuasa Allah.
Kita melahirkan cinta dari ciptaan Allah yang tak berbicara.
Mungkin itulah pengertiannya, walau mata tak bisa melihat tapi hati boleh merasa.
Walau telinga tak bisa mendengar tapi ada nyanyian di dalam jiwa.
Walau bibir tak bisa berbicara tapi nurani dapat menyatakannya.
Dengan syahadah kita beriman walau tak pernah nampak syurga neraka tetapi kita tahu kehadirannya.
Walau cinta tak pernah dilihat tetapi kita dapat rasakannya.
Begitulah mawar pada saya,
Wajahnya cantik, baunya harum, persisnya indah namun tak mahu ku petik ketika ia mekar ditangkainya. Tak sampai hati melihat kematiannya digenggamanku. Lagi pula, tak tahan jejari dilukai oleh dedurinya.
Kerana itulah saya berdoa dari sini agar awak dalam perlindungan, rahmat dan maghfirrah Allah selamanya.
Saya melihat dari jauh, dalam cinta yang penuh rahsia (^_^)
Saya paling suka dengan mawar merah.
Seribu rahsia seribu cerita tafsirannya.
Mungkin kita hanya mendambakan cantiknya, mekarnya, baunya dan namanya. Mereka berkata itu lambang cinta dan kasih sayang. Tapi apa buktinya ?
Sedang mawar tak pernah berbicara.
Tak pernah menari, apalagi bercinta. Bagaimana ia menghiburkan sang pencinta ?
Betapa besarnya kuasa Allah.
Kita melahirkan cinta dari ciptaan Allah yang tak berbicara.
Mungkin itulah pengertiannya, walau mata tak bisa melihat tapi hati boleh merasa.
Walau telinga tak bisa mendengar tapi ada nyanyian di dalam jiwa.
Walau bibir tak bisa berbicara tapi nurani dapat menyatakannya.
Dengan syahadah kita beriman walau tak pernah nampak syurga neraka tetapi kita tahu kehadirannya.
Walau cinta tak pernah dilihat tetapi kita dapat rasakannya.
Begitulah mawar pada saya,
Wajahnya cantik, baunya harum, persisnya indah namun tak mahu ku petik ketika ia mekar ditangkainya. Tak sampai hati melihat kematiannya digenggamanku. Lagi pula, tak tahan jejari dilukai oleh dedurinya.
Kerana itulah saya berdoa dari sini agar awak dalam perlindungan, rahmat dan maghfirrah Allah selamanya.
Saya melihat dari jauh, dalam cinta yang penuh rahsia (^_^)
MESEJ PERTAMA TUK NADIA
Mesej ini kali pertama ku hantar padanya. Sebenarnya aku memang tak pandai untuk luahkan kepadanya. Mungkin cara ini sahaja yang aku mampu buat. (berani betul aku ni :p)
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.
Berlari-lari ke dalam kebun
Dalam kebun adalah parak
Bernyanyi serupa pantun
Dalam pantun ada kehendak
Kayu manis di kedai rempah
Dibeli untuk bumbu masakan
Cik manis tidakkah marah
Kalau saya mahu berkenalan?
Tanam padi di hujung tanjung
Pasang pukat tangkap haruan
Salah kah pipi hidung tak mancung
Hati berhajat hendak berkawan....
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.
Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.
Berlari-lari ke dalam kebun
Dalam kebun adalah parak
Bernyanyi serupa pantun
Dalam pantun ada kehendak
Kayu manis di kedai rempah
Dibeli untuk bumbu masakan
Cik manis tidakkah marah
Kalau saya mahu berkenalan?
Tanam padi di hujung tanjung
Pasang pukat tangkap haruan
Salah kah pipi hidung tak mancung
Hati berhajat hendak berkawan....
CiNtA
Teringat daku akan kata-kata ini.....
Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam, Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhasan......
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH....
Aku tertarik dengan pandangan mereka yang berkata begini;
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu
Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan...
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.....
Rabu, 14 November 2012
WARKAH TUK PASANGANKU
Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..
Aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan engkau dari tulang rusukku..Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah lelaki yang sehebat Saidina Umar, bukan sekacak Nabi Yusuf, bukan seteguh cinta kasih Adam untuk Hawa..
Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, sayap kiri kepadaku,..Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..
Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup pintu aib dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang lelaki yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana wanita, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana wanita walaupun hujung jari..
Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..
Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..
Sayangku...
Kasihku.....
Cintaku.....
Hatiku......
Rinduku....
Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal isteriku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.
Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus wanita yang mengaburi mataku. Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ? Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal isteriku…
Aku untuk menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan engkau dari tulang rusukku..Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah lelaki yang sehebat Saidina Umar, bukan sekacak Nabi Yusuf, bukan seteguh cinta kasih Adam untuk Hawa..
Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, sayap kiri kepadaku,..Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu.. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam..
Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku ? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup pintu aib dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu. Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang lelaki yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana wanita, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana wanita walaupun hujung jari..
Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan.. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu..
Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam.. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai isteriku.. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu” Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..
Sayangku...
Kasihku.....
Cintaku.....
Hatiku......
Rinduku....
Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak, yang selayaknya menerima kata-kata cintaku, ayat-ayat cinta dariku. Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku.. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal isteriku.. Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab Kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.
Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus wanita yang mengaburi mataku. Di mana kau pada waktu itu ? Di mana kau untuk melindungiku ? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia ? Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku ? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka ? Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan ? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan ? Di mana kau bakal isteriku…
Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat Aisyah dan seteguh Zulaikha. Aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membantuku, anak-anakku menuju ke Jannah. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.
Indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama. Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..
Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah ? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita ? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..
Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Aku sedia menerimamu. Yang lepas biarlah lepas. Asalkan kau betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..
Aku di sini.. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..
Sabtu, 20 Oktober 2012
Suatu Petunjuk Atau Sekadar Suatu Hikmah
Sebelum gerak ke Bangi ku lihat wajahnya pucat...dalam hatiku timbul pertanyaan..dia tak sihat ke?..teringin nak tanya tapi tak terluah mahupun keberanian tuk bertanya dirinya...Sepanjang perjalanan ku asyik teringat padanya...Apa sebenarnya terjadi pada diri ku ini sedangkan dulu aku pernah buang perasaan ini...sebaliknya ianya timbul kembali dan makin kuat..makin menebal...sejak beberapa bulan ini...Adakah aku teramat-amat mencintainya ataupun mengilainya ataupun obeses padanya??...Ya ALLAH apa sebenarnya ini..Di Bangi...aku asyik terbayang wajahnya...malah tidurku tak dapat lena...tapi lena bila mengingatkannya dan memikir tentang dirinya....Hati ini sentiasa gelisah...sekembalinya daripada simposium di Bangi...hari Jumaat itu..kak cik kata habislah..rahsiaku dah terpecah...aku terpinga-pinga dan tertanya-tanya..pada mulanya terlitasnya dalam fikiran aku adakah pasal aku pegang bayi...atau si dia dah nak kahwin...aku cuba tanya tuk tahu apa sebenarnya berlaku...tapi kak cik tak mahu bagitau..sebaliknya dia menjawab ini rahsia orang perempuan...ku beralih ke syifa...syifa pun menjawab tak tahu...tak apalah..aku terus buat kerja ku sebab pagi tu aku kena bagi talk dekat kolej vokasional balik pulau..Selepas balik dari solat jumaat...sofia panggil aku..macam ada sesuatu nak bagitau aku tapi terhalang sebab cik TPR wong ada dekat di situ....sebelum itu sofia ada bergurau kalau aku dapat alamat si dia (nadia zulkefli) ada kah aku akan meminangnya...aku jawab mestilah mahu tapi aku mesti dapat kerja tetap dahulu...sofia bertanya kalau 'dia' tak mahu..aku jawab kahwin pilihan kedua jawabnya...aku bergurau..sebab aku mana da awek...setakat suka dengan orang ade lah...
Tapi bila berbalik pada perasaan Cinta ku ini...Hatiku dan perasaan aku cukup kuat pada nadia...yasmin?..tak terlintas sudah perasaanku padanya..malah tak ada...sebaliknya hanya ada nadia...Aku tak tahu apa puncanya...Malah aku sering berdoa kepada ALLAH tuk mendapat petunjuk daripadaNYA...oh ya terlupa pasal sofia tadi yang macam ada sesuatu nak bagitahu dekat aku...rupanya sofia dah bagi tahu pasal aku pada nadia...aku terkejut jugak ketika itu...dia tanya nadia dapat ke mesej yang aku hantar dalam fb, perasan tak aku dok perhati nadia, dan apa lagi ek...mmm lupa lak aku ni...hihihi...mengikut sofia..nadia kata ada dia dapat mesej aku tu..dia dah delete(biar betul?..apa reaksi sebenar dia ni)...sofia bagitau nadia yang aku suka pada nadia...terkejut nadia...pastu siap usik kata jaga-jaga nanti kena pinang...nadia terkejut katanya..and senyum-senyum..lepas tu nadia da tanya apa sebab ku suka nya..sofia jawab sebab aku suka chinese look?..ada ke patut..ish ish ish..tak benarlah..sebenarnya aku suka nadia sebab perangainya sama dengan aku..tu jawabnya sebenar..tapi kan apa bila ku dengar peristiwa ni..hati ku benar-benar gelisah..berdebar-debar...tak tahu kenapa..Agak-agak apa reaksi nadia sebenarnya...
Hanya ALLAH sahaja yang tahu apa di dalam hati Nadia..sejak tu aku tak putus-putus berdoa pada ALLAH minta petunjuk...malah tak lupa aku berdoa demi kebaikan Nadia...dan pada hari ini jelas aku benar-benar mencintai Nadia..
Isnin, 6 Ogos 2012
Mencari Terus Mencari
Sebelum balik ke penang, semasa tu ada di kuching , sebab ada exam pegawai tadbir di sana... mak ada berpesan mengenai memilih pasangan...syaratnya cukup ketat..syaratnya menantu nya tak kira semenanjung atau sarawak asalnya, dia mestilah hormat orang tua dan sanggup balik ke sarawak..hmmm macam mana nak cari ya...rezeki ku yang tetap tak tahu di mana...baru-baru ni ada pergi interview pegawai tadbit tanah, kebetulan ayahku menegur seseorang itu..alangkah sopannya wanita itu biarpun tak bertudung..tapi sayangnya terlambat mendapatkan no. phone tuk berkenalan..sayang nya komunikasi anatar kami hanya terbatas pada waktu itu...namun aku akui yang dia menarik minatku tuk mengenalinya....tapi apa kan daya..masa agak terbatas...
Mengenali dan mencari bukannya sukar tapi mendapatkan seseorang yang benar-benar menyukai kita dan menepati ciri-ciri yang kita mahu adalah sukar...baru-baru ni cuba rapat pada orang yang dulu pernah kenal tapi sudah lupa (orang kg kita lak tu)..namun begitu niatku hanya meneliti sifatnya adakah sesuai atau tidak...tambahan lagi dia lebih suka single buat masa ni...
Mmm buat masa ni aku cuba tuk tidak jatuh cinta atau mudah menaruh perasaan...cuma bersabar dahulu...tapi aku gagal mengawal perasaan ku terhadap nadia pulak...perasaanku terhadapnya muncul kembali...kenapa agaknya?...
Yasmin pulak...seperti biasa sifatnya susah aku menjangkanya..dan kadang-kadang membuatkan aku kurang yakin padanya...entahla...mungkin masa belum sesuai lagi...namun begitu aku tak mengharap apa-apa pun padanya...
Pekerjaan dan kewangan ku masih tidak stabil...namun ku cuba berusaha tuk pastikannya stabil dengan mencari pekerjaan baru...akan tetapi siapa yang tahu rezeki ku tetap di mana agaknya...dan keterbatasan itu menyebabkan aku belum mampu membina impian ku...tambahan lagi calon pasanganku entah siapa...dan ketika ini ku teruskan perjuangan dalam mendapat rezeki yang tetap dan mencari terus mencari siapakah jodoh ku?....
Isnin, 11 Jun 2012
FuLlStoP...BeRhEnTi BeRhArAp..TeTaPkAn SaTu TuJuAn
Perasaan ku kuat merasakan dia sudah berpunyai...tapi aku cuba menafikannya...semalam ku melihat page nya baru perasan ada seorang laki yang bertanya tu bf you ke?...sebelum ni ada gak terfikir sape org tu ada gambar dan nama albumnya dalam page dia...mungkinkah tu menyebabkan perasaan ku 50-50 tuk memikatnya...memang selama ini rasa rendah diri dan tak ada keyakinan tuk memikatnya...mungkinkah tiada jodoh kot dengan 'n'...dah tiba masanya tuk full stop.
Bermulakah episod baru?...kisah lama berulang kembali..sudah lama ku tak menghubunginya sejak aku buat kesilapan iaitu 'memaksa' dirinya...ya pada ketika itu masih belum matang tuk mengawal perasaanku...tapi kini mula berhubung kembali...pada ketika itu aku terkejut dengan soalan cepumas yang 'dia' beri...dia yang ku maksudkan ialah yasmin...Kenduri? saya belum kenduri lagi....mana de awek pun nak kahwin...cik yasmin siap tanya lak duit cukup lagi....ai tak sangka dia teringat lak apa yang saya cakap dulu...ke tuntut janji ek?...hmmmm
Yasmin bercakap slow seolah-olah membisik kata yang dia single...aiseh..so buat-buat tak dengar dan tanya balik...apa dia?...dia gelak-gelak cakap takde apa apa...sabarlah kalau cukup kita jumpa lah nanti tu pun kalau orang sana setia menanti....adeh boleh terkeluar ayat tu dari mulut ni...then dia cerita pulak pasal ex boy dia yang bernama firdaus gak..yang dah berkahwin dengan pilihan ayahnya...tapi maknya sangat mengharap yasmin menjadi menantunya...si ex nya pulak boleh bergurau kata jadi madu...poligami oh no..aku tang tiba-tiba jelous...aku kata cukuple jaga sorang tu dah pening tu kan nak tambah lagi...karang tak terlayan...yasmin pun bersetuju...tapi bukan bermakna dia tak bersetuju mengenai poligami..kerana poligami tu sememang digalakkan seperti yang mana dalam ayat al-quran tersebut...
Bila di cerita dekat mak tergelak lak dan suruh jual mahal....ala mak ni...ustazah tu tak kan nak lepas kot...hehehe...bila tanya kat rakan-rakan, depa kata green light....hurmmm betul ke....so cuba mesej kat nyer ari jumaat tp xbalas....susah diduga cik ustazah ni...hari sabtu ngah on9 tetiba di pokes saya...eh bila lak dia on9...serta merta mesej dia lam fb tu...adeh tak dibalas...terus offline....musykil musykil...ish ish ish...tapi kan membuatkan ku tersedar...baik ku cepat2 nak kumpul wit...tapikan mahukah yasmin terima?...tapi tak apa baik ku fikirkan menghala satu arah...mungkin padanya...atau tak ...itu tak menjadi isu...yang penting cukup bajet...kerja tetap...harta ada skit...kahwin...so tu la ketetapan arah satu tuju yang baru ^_^
Isnin, 16 April 2012
TaK SaNgKa DiA AdA HaRi InI
Sebelum hadirnya hari ini...aku telah sedar banyak kekhilafan yang telah aku buat...Ianya membuatkan diriku terumbang-ambing tanpa nakhoda yang membuatkan halatuju yang goyah dari segi tanggungjawab ku sebagai hamba pada Nya...malahnya ianya juga menganggu hidupku, pekerjaan ku, dan mungkin jodohku atau cintaku..aku terlalu alpa dan lalai...Ya ALLAH hambamu ini tak mampu dan tak berdaya...Ku bersyukur pada MU kerna diriku masih diberi peluang...akan ku tebus kekhilafan diri ini...
Reaksi ini bukanlah sebab ku silap tulis dalam diariku (blog) bagi ku ianya ada kaitan rapat dalam kehidupan ku dan perhubunganku...dalam saat ku sedar antara terlintas fikiran salah satunya jodohku (cintaku)...entah bagaimana wajah Nadia ada dalam fikiran ku...Ya Allah...apakah semua ini??...tapi aku cuba lupakan bab gini...yang aku ingin tumpukan perubahan diriku...moga-moga ALLAH bersama denganku...
Hari ini entah bagaimana dan tak ku sangka Nadia hadir di Ofis...dan diriku jadi tak tentu arah...kebetulan masa tu aku ada progam luar...aku mengaku aku malu dan cuba mengelak dan terus keluar tuk pergi program luar...sewaktu aku balik selepas selesainya program luar...pada ketika itu aku tengah berkongsi maklumat pada rakan ku mengenai program luar...dia beri tugasan pada rakan ku yang sorang tu 'Sofia' ...entah...aku perasaan juga dia cepat-cepat bagi tugasan tu...Sofia kata dia malu...are you sure sofia??...mmmm takpe esok nak tanya balik tuk dapat kepastian...apa-apa pun Nadia masih tak balas apa-apa...yang menjadi persoalan adakah dia sudah membaca? atau belum?...apa reaksinya? adakah itu reaksinya...yang berlaku pada hari ini?...ku tunggu jawapannya...
AnTaRa DuA
Penghujung bulan mac aku telah buat tindakan yang berani sedangkan sudah lamaku memikirkannya...baru sekarang rasa ada keberanian untuk melakukannya..Bila difikirkan balik perasaan berkurangan padanya tapi ianya muncul kembali dan aku tidak pasti mengapa ianya muncul kembali dalam hati ini..Dan kami cukup berbeza...itu yang membuatkan aku rendah diri untuk cuba merapatkan diri padanya...entahlah bagaikan ada tarikan magnet yang kuat mendorong ku untuk berbuat sesuatu padanya....adakah perasaan cintaku padanya kembali lagi???...

Itu menguatkan ku untuk menghantar suatu mesej yang bukanlah meluahkan perasaan...tapi sebaliknya hanyalah untuk pengenalan sahaja...ku buat semata-mata ingin tahu apakah reaksinya...dalah fikiran ku masih terganggu yang mana aku dan dia darjat yang berbeza -_-.....agak-agak apa reaksinya ya???...timbul lak rasa takut, gelisah dan resah....nasibla dia kursus sampai sebulan ^^....selamat...tapi kadang-kadang tak dinafikan ada perasaan rindu la yang mendatang ^_^...
Wafa pula akhirnya muncul kembali....aduh cukup terkeliru perasaan ku ini...27 hari dia mendiamkan diri...baru membalas mesejku..katanya dia rindu padaku...benarkah? ataupun sekadar ungkapan yang menyenangkan hati ~_~...kawan ku mencadangkan berkenaan kenapa dia tidak memberiku no hp bagi memudahkan ku menghubunginya...aku pun baru sedar...ada benar nya kalau aku menanyakan soalan begitu...baru aku tahu sejauh mana perhubungan kami ni...then wafa kata belum masanya...dapat ku simpulkan pabila perempuan menyatakan sedemikian kebiasaannya sudah memiliki cintanya sendiri ataupun punyai kenalan rapat...pelik? aku tak rasa atau felling apa apa pun bila aku merumuskan begitu...takde perasaan ke?...entahla biarlah masa yang akan menentukannya..Rabu, 7 Mac 2012
Antara Mereka ???
Wafa gadis yang penuh misteri..nak kata aku terpikat bohongla kata tak terpikat..kalau melihat gambarnya boleh digambarkan dia seorang gadis yang baik..dari segi bahasanya yang menyenangkan aku berhubung dengannya..berdasarkan apa yang diceritanya yang dia hanya keluar pun bersama keluarga sahaja...yang jelas menyebabkan aku mula meminatinya...cuma dia dianggap sebagai misteri kerana aku masih tidak tahu nama sebenarnya...dan latar belakangnya..
Apa-apa pun dia telah menarik minatku untuk mengetahui dirinya dengan terperinci akan tetapi hajatku masih belum tercapai kerana kami berhubung sekurang-kurangnya sekali seminggu...itupun secara kebetulan dia online kalau tak cuma dapat membalas mesejnya sahaja...mungkin dia penat kot selepas balik praktikal....so saya perlu positif dan kena bersabar...
Agak-agaknya apa sebenarnya yang perasaan ku terhadapnya cinta?minat?suka?....hmmm susah tuk ditafsirkan....contohnya secara kebetulan aku melihat satu profile yang hampir sama dengannya...pada mulanya aku berasa terkejut...dan disaat itu aku tertanya-tanya adakah dia?...mustahil dia, sebab dia free hair....ya mungkin rupanya sama...cermin matanya pun sama...tapi bentuk muka berbeza...dari segi watak pun berbeza...penggunaan bahasa pun berbeza...dan perasaan ku kuat menyatakan mustahil dia...tetapi hati kecil turut rasa bimbang kalau benar-benar dia bagaimana?...sebab aku pernah menghantar mesej pada orang yang hampir sama dengan dia tapi tak dibalas...pada mulanya dia membalas...
Be positive and be patient dalam segala tindakan...so aku perlu selidik perangai sebenarnya...apa-apa pun aku rasakan aku mula tercari-cari dia...hai rindu ke?...sampai aku dah terluah perasaan padanya...agak-agaknya apa reaksi dia ek...
Actually namanya mula tersemat di hati..dah tersenarai kot jadi calon isteri...hehehe...tapi siapa yang tahu...andainya jodoh tak ke mana jua...
Seorang lagi yang menambat hatiku ialah Nadia...tapi perasaan tu semakin berkurangan...entah kenapa ek?.mmm mungkin disebabkan perangai dia yang dingin...tak friendly...dan mungkin antara kami ada gap..bila difikirkan balik aku terasa kerdil bila berhadapan dengan nya...biarlah masa yang menentukannya..mungkin akan pudar perasaan ku terhadapnya mungkin tak...dan pilihan pun dah bertambah...mungkin ditakdirkan jatuhnya hati ini kepada salah seorang..ataupun orang yang bukan kalangan mereka... ^_^
Mimpi Kedua......Adakah Ianya Petanda???
Bulan yang lepas aku bermimpi aneh..seorang gadis yang mengakui dia juniorku pada suatu majlis yang ku rasakan di sekolah..Kali ini mimpi ku jelas nampak muka dan pakaiannya...its look familiar je mukanya...tapi siapa ek??..
Agak-agaknya siapakah gadis itu?..sampai sekarang aku masih tercari-cari gadis itu melalui fb...ku tanya pada junior ku yang lain...tapi sia-sia sahaja..masih tidak menjumpainya atau sebarang petanda....
Sebenarnya apa mesej yang disampaikan dalam mimpi tu? adakahnya ianya mainan tidur?...tapi mimpi tu hadir hampir waktu subuh...
Mimpi tu mengambarkan dia berjumpa aku...mungkin di sekolah agaknya...kami kelihatan mesra dan rancak berbual...pada saat ketika itu, kami duduk dan secara tiba-tiba pegang tanganku dan terus meletakkannya di dadanya...dalam mimpi itu aku terkejut dan malu kerana pada ketika itu ramai orang (pelajar kot) yang tiba-tiba memenuhi kawasan tersebut seolah-olah macam ada perhimpunan ataupun satu perjumpaan...in the end mimpi tu aku terbangun...so TAMAT la wayang mimpi tu...disebabkan terkejut kot membuatkan aku terbangun...
Em mesejnya aku masih tidak mengerti adakah ianya benar-benar wujud gadis itu...tapi wajahnya seolah-olah aku kenal gadis tu...jodoh aku ke?....hmmm hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya....
![]() |
| Wahai jodohku bilakah kita akan bersatu...agagaga ^_^ |
Ahad, 29 Januari 2012
Siapakah Gadis Yang Muncul Dalam Mimpiku???
Dulu selepas aku solat sunat Istikharah beberapa kali tiap-tiap malam ku termimpi seorang gadis yang meluahkan perasaannya padaku...dan pada ketika itu wajah tunduk malu semasa meluahkan perasaannya padaku. Siapakah gadis ini??..wajahnya agak tidak jelas..dan sampai sekarang ianya belum hadir menjadi realiti....
Sebelum ini pernah seorang gadis yang memberikan gambarnya padaku yang wajahnya tertunduk juga..malah mimpi tu hadir sebelum ku mengenali gadis ini...adakah dia orangnya?..namun begitu pada mulanya aku percaya dialah orangnya...akan tetapi tidak pada realitinya... ini kerana perhubungan kami hanya bertahan 3 bulan sahaja..kerana dia menjadi tunangan orang lain...
Adakah gadis ini benar-benar wujud..dan kehadiran belum sampai waktunya??...hanya ALLAH yang tahu segala-galanya..
Langgan:
Catatan (Atom)























