Halaman

Rabu, 17 Jun 2015

RaPuH DaLaM PeRhuBuNgAn

Di manakah silap nya? Apakah salahku?... sedangkan aku tak pernah menduakannya..malah segala perbuatanku asyik dianggap salah..Memang diriku tak sempurna tapi mestikah aku sering dipersalahkan?..

Kecewa dengan apa yang berlaku...sedangkan aku benar-benar perlukannya..Aku benar-benar tak mengerti...apa yang perlu dibuat?...fikiran bercelaru dan ianya amat merumitkan..Sebenarnya siapakah aku di sisinya?..Apakah anggapan sebenarnya terhadap diriku..pasrah dengan apa yang berlaku...meruntuhkan semangatku...

Rabu, 27 Mei 2015

KRISIS

 Krisis..krisis..krisis.. bagaimana hendak untuk menyelesaikan sekiranya hati menjadi sekeras batu malah ia mampu mengugat kepercayaan. Apa jua penjelasan yang diberi tidak diterima dek akal. Walhal ianya adalah benar. Andai aku bukannya setia tidak aku perlu mengasihinya, mengingatinya, dan mencintainya. Biarpun aku dikelilingi pelbagai pilihan. Tapi tidak terdetik dalam sudut hatiku untuk curang.

Segala perbuatan dan percakapan kadang-kala mengugat kesabaran ku. Adakala aku mempertahankan diri. Tapi apa yang aku dapat?.. hanya keburukan sahaja ku perolehi dan bukan kesedaran daripada nya. Cukup berat untuk mempertahankan cinta. Namun beratnya ku pikul aku cuba..aku cuba mengikut rentaknya. Adakah dia tidak nampak?.

Kecewa? mungkin ianya lahir dalam sudut hatiku namun ku gagahi jua bukan atas keterpaksaan sebaliknya aku masih mencintainya. Ya ALLAH bukakan hatinya lapangkan fikirannya berikanlahnya kesedaran agar dia faham apa yang aku alami...

Selasa, 27 Januari 2015

MeReNcAnA kEhIdUpAn KeArAh PeRtUnAnGaN

Merencana kehidupan ke alam perkahwinan, memerlukan perancangan yang lebih teliti dan perlu bersedia.

Aku perlu memikirkan cara untuk memberitahu orang tua ku mengenai niat ku. Akan tetapi aku belum pasti bilakah masa yang sesuai untuk memberitahu mereka.

Apa yang perlu dilakukan ialah berbincangan dengan kekasih macam mana nak buat.  Tapi kan kami pernah dan belum mencapai keputusan yang diinginkan. Hmm i need her idea, tapi dia ni asyik kata terpulang ja, macam tak serius. But tahun ni ada dia tanya tentang tu, tapi berkias la pulak. Takpe, apa-apapun aku harap perbincangkan seterusnya nie menampakan hasil, itupun kalau dia serius.

Bertekul or Bertunang?.. dulu pernah bertanya dengan kekasih samada nak bertekul or bertunang..dia memilih bertekul dahulu katanya dia lebih suka yang ringkas dan menjimatkan tenaga..adeh, kalau berkahwin nanti penat jugak menguruskan majlis. 

Tapi apakah yang dimaksudkan Bertekul?. Kadang-kadang bila dilihat orang post dalam fb bertekul nie macam bertunang jugak ada hantaran jugak. hmmm biar betul ek?. so aku pun try cari dalam blog kot-kot ada jawapannya dan ini yang aku dapat.

Tekul dalam istilah lain bermaksud tindih atau meletakkan sesuatu di atasnya. Adat bertekul merupakan salah satu adat yang mana merupakan cara kedua untuk mengikat ikatan hubungan sama seperti adat bertunang. Adat ini dalam kata lain memberi tanda yang mana gadis tersebut sudah disunting dan dimiliki. Bezanya bertunang adalah hantarannya. Tapi kan ada jugak berpendapat bertekul nie bertunang jugak yang mana adanya hantaran dan cincin. Cuma bertekul nie lebih ringkas dan menjadi pilhan kerana mudah dan menjimatkan kos.

Kena tanya orang tua dulu jawabnya. Sebelum mengusulnya baik ku berdoa and solat sunat hajat tuk mendapat petunjukNYA. Ya ALLAH moga-moga niat baik ku dipermudahkan. AMIN.