Alhamdulillah akhirnya jodoh dan pertemuan telah ditentukan ALLAH. 30.12.2018 adalah hari bertekol dan pertunangan, manakala 28 Julai 2018 adalah tarikh Ijab Qabul. Banyak dugaan dan cabaran semasa membuat persediaan ini akan tetapi kami berdua tabah serta sabar menempuhinya.
Ya, memang diakui selepas hidup bersama, penyesuaian diri adalah satu cabaran dalam menerima keluarga yang baru, jika tidak ditangani dengan baik ianya akan menimbulkan perbalahan. Tahap kesabaran yang tinggi serta kaedah penyelesaian yang postif perlu diterapkan dalam menghadapi situasi sebegini.
What's Next?, adalah perancangan hidup kami berdua. Masih diatur rentak setakat ini. Moga-moga segala apa yang dirancang dapat dilaksanakan dan dirahmati ALLAH. Amin...