27 Jun 2019 - Isteriku menjalani pemedahan fibroid di bahagian dadanya. Pemedahan tersebut telah
berjaya dan fibroid tersebut dijadikan sample. beberapa bulan berlalu ia muncul
kembali dan kini makin merebak. Pertengahan tahun nanti ada follow up dekat SGH
untuk tindakan susulan. Hingga kini tidak tahu apa puncanya mungkin disebabkan
faktor genetik.
6 Okt 2019 - Bapa pengsan di airport sehinggakan di tahan di Hospital Kuantan. Puncanya gastrik,
hilang selera makan, muntah dan kerap demam.
10 Okt 2019- Bapa dan mak balik ke Kuching, Sarawak.
Sejak itu bapa kerap sakit demam kejap baik kejap tidak, hilang selera makan, asyik muntah. tangan sentiasa letak ke kepala menahan sakit. Di bawa adik ke klinik kata doktor gastrik. selang beberapa hari dibawa ke Unit Kecemasan SGH pun sama gastrik juga kata doktor (waktu itu aku di Santubong ada sukan petanque).selepas itu selang beberapi hari lagi bapaku didatangi mimpi asyik menyebut ayah dan kemudiannya meracau. apabila dikejut oleh mak disuruh baca ayat-ayat suci alquran bapa pun baca. sehinggakan di rasa nak kencing tapi kakinya lemah tidak mampu berpijak ke lantai..kami memapah ke tandas. Selepas itu dia dibawa ke kerusi dan duduk. Badannya berpeluh-peluh, kami memujuknya untuk ke hospital. pada ketika itu pukul 11-12 malam. Mengikut kata doktor rupanya
kandungan gula dalam badan bapa rendah. Keesokan hari bapa dibenarkan keluar.
30 Okt 2019 - Tetapi petang itu bapa jatuh sakit lagi dan malam tu bapa sekali lagi dibawa ke SGH.
Rupanya bapa kena gastrik teruk dan dijangkiti kuman. Patutlah demamnya tidak
sembuh-sembuh. Segala apa yang dimakan & diminum telah disedut semua.
kemudian di xray dan mendapati ususnya bengkak dan perlu dibedah. Aku
sempat melihat doktor menyeluk ke saluran...nampak ketulan hitam dan
darah..membuatkan hatiku sangat-sangat risau...
31 Okt 2019 - Bapa berpindah ke zon merah di Unit Kecemasan masih menunggu dibedah. waktu itu
sukar untuk masuk berjumpa dengannya. Menunggu waktu dibedah bapa asyik
bertanya bila lagi dia hendak dibedah pukul berapa. Pada jam 3 petang barulah bapa
dimasukan ke dewan bedah dia sempat melambai-lambai.Waktu malam baru selesai
pemedahan akan tetapi kami dikejutkan berita yang bahawa bapa telah dijangkiti
kuman yang tak dapat dikenalpasti dan telah merebak. Selain itu, sebenarnya usus
bapa dalam keadaan baik sebaliknya hempedunya bernanah dan telah dibuang.
Kemudiannya bapa dimasukkan ke dalam mini icu hanya mak dan aku sahaja yang
dibenarkan masuk. Hanya Allah sahaja tahu perasaan kami pada waktu itu. semua
keluarga ada di situ.
1 Nov 2019 - Awal pagi bapa dipindahkan ke ICU. keadaan waktu itu masih tidak sedar dan degupan
jantung tidak stabil masih melawan jangkitan kuman. tiap kali melawat kami sentiasa
beri semangat bapa untuk bangun, tetapi bapa tidak sedar kerana dibius ubat tidur.
hanya dapat melihat reaksi tangannya dan keadaan seolah-olah seperti sembahyang
di tahiyat akhir. Setelah seminggu di ICU, di leher bapa perlu ditebuk untuk
Pernafasan tidak sampai sehari pun tengah malam bapa dipindah ke wad biasa. setiap
malam bapa sentiasa meracau macam diganggu sesuatu. kami cuba cara tradisional
dan bawa ustaz untuk memulih keadaan dan Alhamdulillah tiada lagi gangguan.
26 Nov 2019 - Bapa dibenarkan pulang, dia sangat-sangat gembira dan seakan-akan hendak pulih,
tetapi dikejutkan dibelakangnya ada bed ridden dan semakin merebak dan
membesar, kulit dan isi nampak macam mati. Macam-macam usahaku mencari apa
ubat atau krim yang mempercepatkan tumbuh isi. Kini ada nampak hasilnya,
tetapi lain pulak jadinya, balik aku dari lawas 24 Feb 2020, bapaku kian lemah,
asyik tidur, tangan susah bergerak kadang-kadang kaku, tidak melihat telefon lagi
dan tidak bercakap. Keadaannya semakin merisaukan tidak seperti mula-mula
dia balik ke rumah...
Hanya aku harapkan moga-moga bapaku sembuh semula sepertimana aku pernah bermimpi pada hari khamis or jumaat lalu bapaku sihat dan berjalan macam biasa....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan