Halaman

Ahad, 29 Mei 2016

Memperkenalkan Pasangan Kepada Ibubapa

24 April 2016 detik bersejarah dalam hidupku, inilah kali pertama aku memperkenalkan pasanganku dengan orang tuaku. Program Sejiwa Senada Kuching di Metro City, Matang menjadi tempat pertemuan itu.
Bermulanya kisahnya apabila aku membawa pasanganku yang baru lepas menghadiri kenduri kahwin rakannya dan menuju ke rumah untuk membawa orang tuaku ke majlis tersebut. Sampai saja di rumah terus aku memberitahu ibuku yang aku ada membawa pasangan.Pada ketika itu cukup nervous, tapi ibuku macam ok ja. Selepas mereka siap berkemas, bapaku orang pertama yang berjumpa pasanganku di dalam kereta. Pasanganku menegur tapi agak jangal, bapa mendiamkan diri dan nampak lain.hmmmm susah jugak ya nak kenalkan kat orgtua ya. Then ibu pun masuk. Lalu kami terus menuju ke Metro City dalam masa yang sama pasangan ku cuba bercakap dengan orangtuaku. sampai ke destinasi ya dia cuba berbual.

Masa makan di MCD dan time balik barulah Ibu dan bapa ku mula bertanya satu persatu tentang diri pasanganku. Dan dijawab satu persatu olehnya nya. Ya lega rasanya setakat ini tidak ada halangan dari orangtua tentang hubungan kami dan aku berharap hubungan kami mengorak langkah ke alam perkhawinan pulak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan