Wafa gadis yang penuh misteri..nak kata aku terpikat bohongla kata tak terpikat..kalau melihat gambarnya boleh digambarkan dia seorang gadis yang baik..dari segi bahasanya yang menyenangkan aku berhubung dengannya..berdasarkan apa yang diceritanya yang dia hanya keluar pun bersama keluarga sahaja...yang jelas menyebabkan aku mula meminatinya...cuma dia dianggap sebagai misteri kerana aku masih tidak tahu nama sebenarnya...dan latar belakangnya..
Apa-apa pun dia telah menarik minatku untuk mengetahui dirinya dengan terperinci akan tetapi hajatku masih belum tercapai kerana kami berhubung sekurang-kurangnya sekali seminggu...itupun secara kebetulan dia online kalau tak cuma dapat membalas mesejnya sahaja...mungkin dia penat kot selepas balik praktikal....so saya perlu positif dan kena bersabar...
Agak-agaknya apa sebenarnya yang perasaan ku terhadapnya cinta?minat?suka?....hmmm susah tuk ditafsirkan....contohnya secara kebetulan aku melihat satu profile yang hampir sama dengannya...pada mulanya aku berasa terkejut...dan disaat itu aku tertanya-tanya adakah dia?...mustahil dia, sebab dia free hair....ya mungkin rupanya sama...cermin matanya pun sama...tapi bentuk muka berbeza...dari segi watak pun berbeza...penggunaan bahasa pun berbeza...dan perasaan ku kuat menyatakan mustahil dia...tetapi hati kecil turut rasa bimbang kalau benar-benar dia bagaimana?...sebab aku pernah menghantar mesej pada orang yang hampir sama dengan dia tapi tak dibalas...pada mulanya dia membalas...
Be positive and be patient dalam segala tindakan...so aku perlu selidik perangai sebenarnya...apa-apa pun aku rasakan aku mula tercari-cari dia...hai rindu ke?...sampai aku dah terluah perasaan padanya...agak-agaknya apa reaksi dia ek...
Actually namanya mula tersemat di hati..dah tersenarai kot jadi calon isteri...hehehe...tapi siapa yang tahu...andainya jodoh tak ke mana jua...
Seorang lagi yang menambat hatiku ialah Nadia...tapi perasaan tu semakin berkurangan...entah kenapa ek?.mmm mungkin disebabkan perangai dia yang dingin...tak friendly...dan mungkin antara kami ada gap..bila difikirkan balik aku terasa kerdil bila berhadapan dengan nya...biarlah masa yang menentukannya..mungkin akan pudar perasaan ku terhadapnya mungkin tak...dan pilihan pun dah bertambah...mungkin ditakdirkan jatuhnya hati ini kepada salah seorang..ataupun orang yang bukan kalangan mereka... ^_^



Tiada ulasan:
Catat Ulasan